Monday, February 7, 2011

Kem Anak Soleh Permata Hati & Majlis Pelancaran Briged Remaja Bestari

PT Desa Gemilang terus menggerakkan golongan kanak-kanak dan remaja di kampung ini dengan aktiviti keilmuan. Satu organisasi remaja telah dibentuk pada bulan Ogos 2010 dikenali sebagai BRIGED REMAJA BESTARI. Organisasi ini dilihat satu platform terbaik bagi golongan remaja mengasah bakat kepimpinan.

Tugasan untuk ahli briged pada kali ini ialah menjayakan KEM ANAK SOLEH PERMATA HATI dan MAJLIS PELANCARAN BRIGED REMAJA. Seramai hampir 50 orang ahli briged telah digerakkan bagi menjayakan 2 program perdana yang diadakan serentak.

Briged dibahagikan kepada 2 pasukan. 25 orang ahli BRB digabungkan dengan pelaja-pelajar Maahad As Sultan Ahmad Shah bagi Kem Anak Soleh di Pusat Tuisyen Desa Gemilang, manakala selebihnya ditugaskan menjayakan Malam Pelancaran BRB di Dewan Orang Ramai Kg Sg Ular.


KEM ANAK SOLEH PERMATA HATI
Tarikh : 24 & 25 Disember 2010
Kumpulan Sasar : 7 tahun hingga 12 tahun
Bil Peserta : 60 orang



MAJLIS PELANCARAN BRIGED REMAJA BESTARI
Tarikh : 25 Disember 2010
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg Sg Ular
Perasmian oleh : Ketua Kampung, Kg Sg Ular


Berikut koleksi gambar sepanjang Kem Anak Soleh Permata Hati




Slot khas bersama ahli briged. Taklimat program dan motivasi remaja sebelum hari pendaftaran. Peluang remaja menimba pengalaman pengurusan.



Sesi suaikenal ahli briged bersama pelajar Maahad As Sultan Ahmad Shah























































No comments:

Post a Comment