Tuesday, May 25, 2010

TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA

"Kebelakangan ini agak ramai bekas pelajar Andak mula menduduki temuduga untuk melangkah ke alam pekerjaan. Nampak ada jugak yang gemuruh. So, kali ini Andak dapat bahan ni skt. Kita kongsi sama-sama. GOOD LUCK. Ini tips persediaan je, kena prepare dari awal laa..."


Tips temuduga yang berikut boleh membantu.

Perkara yang perlu anda tahu:

Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.

Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).

Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :

1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)

2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.

3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.


Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…

Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.

Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.

Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.

Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…

Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.

Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.

Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.




Soalan Temuduga

Anda boleh ibaratkan pengalaman menghadiri temuduga sama seperti menyelam ke laut dalam. Apa saja mungkin terjadi. Anda mungkin terjumpa terumbu karang yang eksotik atau mungkin ditelan jerung!

Dah takut ke?

Tak perlu.

Walaupun setiap majikan adalah berbeza dan soalan temuduga adalah khusus untuk industri tertentu, masih ada soalan - soalan yang sesuai untuk semua bidang. Baca dan fahamkan soalan - soalan temuduga di bawah. Semua soalan temuduga yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan keperluan sektor swasta di Malaysia sahaja.

Fikirkan jawapan yang paling sesuai berdasarkan pengkhususan kerja anda (ini adalah permulaan yang baik untuk persediaan temuduga). Setelah itu, berlatih seolah - olah anda sedang diajukan soalan - soalan tersebut dalam temuduga. Anda boleh menggunakan bantuan beberapa perkataan yang power

Remember, practice makes perfect! Bakal majikan pasti tertarik dengan kebolehan anda untuk menjawab apa jua soalan yang diajukan. Di bawah saya berikan beberapa contoh soalan temuduga untuk lepasan ijazah dan yang berpengalaman.



Tell me about yourself.
Ceritakan tentang diri anda

Anggaplah bahawa soalan ini membuka peluang untuk anda mempromosikan diri sendiri. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Jangan habiskan sepuluh minit untuk bercerita tentang butiran peribadi sahaja. Majikan tidak mahu tahu anda berasal dari mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.



Why should we hire you?
Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?

Jangan menjawab soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumlah besar calon akan memberikan jawapan hardworking atau honest . Jangan buat kesalahan yang sama. Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.



Why do you want to work here?
Mengapa anda memilih syarikat ini?

Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework . Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat - maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.



What is your greatest weakness?
Apakah kelemahan anda yang paling ketara?

Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apa langkah - langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.



Why did you leave your last job?
Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas?

Walaupun kerjaya anda di syarikat yang lepas berakhir dengan dasyat (!), baik anda berhati - hati apabila menjawab soalan ini. Jangan ambil peluang ini untuk mengadu dumba. Ia memberikan imej yang tidak baik (bad impression) semasa temuduga. Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.



Describe a problem situation and how you solved it.
Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.

Soalan temuduga ini memerlukan anda berfikir. Memang agak sukar untuk anda menjawab soalan ini, lebih - lebih lagi sekiranya anda seorang fresh graduate dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja. Penemuduga ingin melihat kebolehan anda untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah - langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.



What accomplishment are you most proud of?
Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?

Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti - kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.



What are your salary expectations?
Berapakah gaji yang anda harapkan?

Soalan temuduga ini juga agak sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh mengunakan khidmat percuma Jobstreet untuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa - apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang anda inginkan, misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.





==============

Contoh soalan temuduga untuk yang berpengalaman (experienced) yang dipetik dari ebook Sukses Temuduga


What kind of salary would you expect for this job?
Based on your job description, which mentions that you prefer someone experienced with a master's degree in engineering. I hope you consider the fact that my skills also meet your highest standards. Therefore, I would expect a salary at the high end of your pay range for the position. Can you give me some indication of the range?

Penemuduga akan menyingkirkan calon yang meminta gaji yang tidak realistik. Jika anda meminta gaji yang terlalu rendah, anda akan nampak kurang pengetahuan, dan jika terlalu tinggi, anda mungkin ditolak mentah - mentah. Oleh itu, cara terbaik ialah mengajukan kembali soalan kepada penemuduga. Dapatkan skala gaji yang boleh ditawarkan dan bagaimana kelayakan anda bertepatan dengan skala tersebut.

Dapatkan lebih banyak tips rundingan gaji di:
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/asas-rundingan-gaji
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gaji
Bahagian kuiz temuduga juga boleh membantu.



What motivates you?
There are four main things that motivate me. The first is my need to achieve excellence in every task that I set out to do. The second is my desire to contribute to my firm. The third factor that motivates me is that I enjoy success and accomplishment, because I regularly review my goals and like to see tangible results when I do! I also believe in growth and the fact that if you're not moving forward, learning new skills, meeting new people, you're moving backwards. Finally, I like to feel that my work is being rewarded in an appropriate way.

Jawapan terbaik untuk soalan di atas. Boleh digunakan untuk semua jenis jawatan atau industri.


What is your greatest weakness?
Contoh 1
I have the desire to achieve excellence and always like to give 100% when given a task to do. So sometimes I find it a little frustrating when others are being lazy and aren't putting in the effort they could be. I am very aware of this weakness and try to overcome it by adopting an energetic and positive attitude to the task that I hope spreads through the team.

Contoh 2
I consider myself a 'big picture' person. I sometimes skip the small details. For this reason, I always have someone on my team that is very detail oriented.

Contoh 3
Sometimes, I get so excited and caught up in my work that I forget that my family life should be my number one priority.

Contoh 4
I like to keep busy and productive at work. I always feel really bad during slow times because I feel that I am not contributing. So, when those times do come up, and that does happen on occasion, I have learned to ask other collegues if they need assistance or to ask my supervisor if there is anything that they would like me to help them with.

Jangan gunakan jawapan yang terlalu pendek atau umum seperti "I am a workaholic" atau "I am a perfectionist". Pastikan ada sedikit huraian dan penyelesaian. Jawapan - jawapan di atas boleh anda gunakan mengikut kesesuaian.


How long would you stay with our company?
I would certainly like to take my career forward with this company; I have a vital interest in (bidang anda) and I feel that (nama syarikat) is the right place to develop my expertise in this area. From my research and what we've discussed so far, it seems that (nama syarikat) has the right environment for me to really flourish and produce my best work. So, as long as I am being challenged and developing professionally, there would be no need to make a move.

Jawapan terbaik untuk soalan di atas. Boleh digunakan untuk semua jenis jawatan atau industri.

Walaupun anda bercadang untuk meninggalkan syarikat tersebut selepas beberapa lama untuk bekerja di tempat lain, memulakan perniagaan sendiri atau melanjutkan pelajaran, JANGAN berkongsi maklumat tersebut dengan penemuduga. Jawapan anda mestilah menekankan komitmen untuk jangka masa yang panjang, pada masa yang sama, bersedia untuk perubahan.

Tell me about yourself.

Why do you want to work here?

What other firms are you interviewing with, and for what positions?

Let's say that you were offered a job here, and at the same time, one of our competitors offered you a similar position. Whom would you choose? And why?

Do you think that you are overqualified for this job?

What are your strengths?

Can you work under pressure?

What did you not enjoy about your last job?

What was your opinion of your last boss?

What are your short term objectives?

What are your long term objectives? / Where do you see yourself in five years?

Tell me something about yourself that I didn’t know from reading your resume.

Why do you want to leave your current position?


Mahukan tips menjawab dan contoh jawapan untuk soalan - soalan temuduga di atas? Semuanya dan banyak lagi boleh didapati dalam ebook Sukses Temuduga. Dapatkannya sekarang!



==============

Soalan yang ANDA boleh tanya semasa temuduga

Selepas tamat ditemuduga, biasanya anda pula akan diberi peluang untuk menanyakan soalan. Jangan lepaskan peluang tersebut. Tanyalah soalan - soalan standard yang menggambarkan individu berpandangan jauh.

Oleh itu, baik bersedia dengan beberapa soalan yang bernas dari awal. Gempaklah sikit keputusan temuduga anda nanti.



What is the vision of this organization?
Apakan visi syarikat ini?

What opportunity for the advancement does this position offer?
Apakah peluang untuk kenaikan pangkat yang saya di syarikat ini?

Is a training or professional development program available for employees?
Adakah latihan dan kursus profesional ditawarkan untuk staf?

May I talk with a staff member who holds a similar position in the company?
Bolehkah saya berbual dengan staf di jabatan yang sama dalam syarikat ini?

What are the benefits that the company can offer me?
Apakah faedah lain yang boleh ditawarkan oleh syarikat?



================

Contoh soalan untuk penemuduga yang dipetik dari ebook Sukses Temuduga
Contoh 1
I have learned that your company has a good reputation in online marketing. What are the major insights into the marketing process that I might gain from this position?
Contoh 2
I understand that your company is one of the leaders in gamat based cosmetics in Asia. I am curious to know how much of the product line is sold here in Malaysia - and whether there are many career opportunities abroad.
Soalan - soalan berikut menggambarkan pengetahuan dan minat anda yang khusus terhadap jawatan/ syarikat tersebut. Pastikan anda ada menyoal sekurang - kurangnya satu jenis soalan seperti di atas.

Monday, May 10, 2010

PROGRAM JALINAN KASIH

Program Jalinan Kasih
Anjuran : Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Taman Maran Jaya
Kerjasama : Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Maran
Tempat : Pusat Tuisyen Desa Gemilang
Tarikh : 8 Mei 2010
Masa : 10.30 pagi hingga 5.00 petang

Program julung kali diadakan di PT Desa Gemilang.Kunjungan daripada Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Taman Maran Jaya dengan kerjasama sepenuhnya daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Maran telah mencipta satu jalinan yang amat bermakna kepada seluruh warga PT Desa Gemilang.

Perancangan penuh kejutan daripada PKMD Maran disambut dengan tangan terbuka oleh pihak pusat tuisyen. Dengan kerjasama daripada ahli Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan (KSRK) Kg Sg Ular telah memungkin segala yang mustahil berjaya direalisasikan. Tahniah kepada KSRK Kg Sg Ular.

Program pengisian yang disediakan diharap dapat memberi impak positif kepada para peserta. Motivasi, tazkirah & sukan merupakan gabungan terbaik bagi melahirkan masyarakat yang seimbang padat dengan keperluan duniawi dan ukhrawi.

Sekalung penghargaan kepada :

1. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Taman Maran Jaya
2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Maran
3. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan
4. Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan Kg Sg Ular
5. Pelajar-pelajar PT DEsa Gemilang.

Semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya. Tahniah kepada semua.