Tuesday, April 13, 2010

AL-FATIHAH



Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham Mohd Arif Bin Rosli (1993-2010) di tempat orang yang soleh....Amin.

Kepada pelajar-pelajar, permintaan daripada keluarga allahyarham, sekiranya arwah ada berhutang sila maklumkan kepada Andak. Terima kasih.

Monday, April 5, 2010

Program Cuti Sekolah : Minggu Canang PMR 1




Program Pengisian Cuti Sekolah Semester 1. Minggu Canang PMR 1 merupakan program khas selama 4 hari berturut-turut. Kelas 2 sesi bagi setiap hari sudah pasti amat memenatkan pelajar. Program berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar dari SMK Sg Baging bersama bekas pelajar pusat tuisyen yang tinggal di asrama SM Sultan Abu Bakar, SMA Al-Ma'rif, SMA Al-Ihsan, Maahad As Sultan Ahmad Shah, Jengka dan SMK Ayer Puteh Kemaman.

Gabungan pelajar dari pelbagai jenis sekolah telah memberi peluang kepada mereka berkongsi maklumat dan budaya belajar di tempat masing-masing. Secara konklusinya, program gabungan seperti ini amat memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar. Program Canang PMR 2 akan menyusul pada cuti semester 2 nanti (Jun 2009).

Ikat Tali Leher? Tak Pandai Laa....