Thursday, December 31, 2009

Kejayaan Malam Graduasi Tunas Desa 2009

Syukur kehadrat Yang Maha Kuasa kerana dengah izin-Nya Majlis Malam Graduasi Tunas Desa 2009 berjaya diadakan dengan jayanya. Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Tuisyen Desa Gemilang dengan kerjasama Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Kg Sg Ular telah berjaya diadakan pada:

Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg Sg Ular

Program tersebut merupakan satu program yang julung kali diadakan di kampung ini. Malam Graduasi Tunas Desa 2009 merupakan majlis pentauliahan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang pusat tuisyen dan juga pelajar cemerlang seluruh Kampung Sungai Ular dalam peperiksaan utama, UPSR,PMR dan SPM .
Majlis tersebut telah berjaya mentauliahkan 60 orang pelajar cemerlang seluruh Kampung Sungai Ular.

Diharap program ini dapat terus merangsang semangat juang para pelajar dan membuka lembaran baru kepada perubahan kualiti pendidikan kampung.
Pusat tuisyen merentes program tersebut dan semoga ada pihak yang terus membantu agar program ini dapat dijadikan program tahunan dan terus kekal sebagai program utama bagi Kampung Sungai Ular.

Sekalung penghargaan kepada:

Bette Enterprise
Lis Na Ree Beach Resort
Trans Resources Sdn Bhd
Mercu Beach Resort
BTL Enterprise Sdn Bhd
Mermaid Inn Beach Resort
HRZ Jaya Enterprise
Sanctuary Beach Resort
Widaman Sdn Bhd
JKKK Kg Sg Ular
SK Sg Ular
SK Sg Baging
SMK Sg Baging




Dif-dif Jemputan

Ucapan Pengurus Pusat Tuisyen Desa Gemilang

Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Timbalan Pegawai Daerah Kuantan



Penyampaian Anugerah Tunas Desa 2009

Persembahan Nazam Budi

Deklamasi Sajak Pelajar Pra SK SG Ular

Persembahan Tarian Tradisional Pelajar Pra Sekolah SK Sg Ular

Ikrar Anak Desa

Persembahan Nasyid Harapan Buat Ayah & Ibu

Tarian Kebudayaan

Persembahan Kugiran Anak Desa


Persembahan penutup Kumpulan Dikir Sri Gemilang
Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan Kg Sg Ular

Terima Kasih Kepada Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan Kg Sg Ular (KSRK)

Sekalung Penghargaan Kepada Semua AJK KSRK

Tahniah! Penganjuran pertama yang berkualiti.

TAHNIAH !
Unit IT : Nor Farhana Mustafa
Pengacara Majlis : Farhana & Aisyah

Syabas! Tarian adik-adik menghiburkan.

Keceriaan Setelah Majlis Dijalankan Dengan Jayanya

Monday, December 28, 2009

IKRAR ANAK DESA


Bahawasanya kami
Warga Kg Sg Ular
Berikrar dan berjanji
Akan sentiasa berusaha sedaya upaya
Untuk mencapai cita-cita kami.
 
Kami akan sentiasa
Hormat-menghormati
Bantu membantu
Serta memajukan diri kami
 
Kami juga berjanji akan mengharumkan
Nama keluarga dan desa kami
Semoga impian murni kami
Direstui dan diberkati Illahi

Saturday, December 12, 2009

LATIHAN NAZAM 1

Latihan permulaan bersama Along Wani dan Ida. Kali pertama melagukan irama nazam. Tahniah 70% berjaya menghayati irama.

MALAM GRADUASI 2009

Pusat tuisyen dengan kerjasama JKKK Kg Sg Ular dan Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan Kg Sg Ular (KSRK) akan mengadakan Malam Graduasi Tunas Desa Peringkat Kg Sg Ular.
Program pentauliahan dan pengiktirafan pelajar cemerlang dalam peperiksaan utama, UPSR, PMR dan SPM ini bakal diadakan pada :

Tarikh : 26 Disember 2009 (SABTU)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai
Kg Sg Ular


Semua penduduk kampung dijemput hadir.

Saturday, December 5, 2009

PENDAFTARAN PELAJAR 2010


Tarikh : 1 Disember hingga 5 Disember 2009
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Pusat Tuisyen Desa Gemilang

Kelas akan bermula pada 8 Disember 2009

Wednesday, December 2, 2009

Kesalahan Kata Ganti Nama Diri


Kata Ganti Nama Diri


a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan
seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika
sedang berkata-kata:

SALAH - Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di Singapura
BETUL- Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di Singapura


b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;

SALAH- “Marilah kita sertai mereka-mereka yang baru datang itu,” kata Salina
BETUL- “Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina


c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk
kepada binatang, benda dan perkara/konsep;

SALAH- Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik
BETUL-Si Hitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik


d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata
sendi atau kata kerja transitif;

SALAH- Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia
BETUL- Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya


e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku
dalam ayat pasif diri ketiga;

SALAH- Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang
BETUL- Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang


f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;

SALAH-Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya kian menular
BETUL- Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular


g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek
kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;

SALAH-Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu
BETUL- Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu


h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja
berasingan dengan kata lain yang menyertainya;

SALAH-“Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri
BETUL-"Tolong kauambilkan aku segelas air” kata Sri