Thursday, September 25, 2014

BICARA BAHASA 1

Banyak perkataan yang menggunakan apitan dipeR-...-i digunakan secara salah.
Yang digunakan sepatutnya ialah apitan di-...-i atau apitan dipeR-...-kan atau awalan dipeR- sahaja.
diperolehi (x) - diperoleh (/)
diperbaiki (x) - dibaiki (/)
diperkuasai (x) - dikuasai (/)
diperdalami (x) - didalami (/)
diperakui (x) - diakui atau diperakukan (/)
dipersetujui (x) - disetujui (/)
diperhalusi (x) - dihalusi (/)

Facebok : Isu Tatabahasa Bahasa Melayu (ITBM)
Drp: Chong
Minta.penjelasan tentang perkataan di bawah:
1. internet atau Internet?
2. parlimen atau Parlimen?
3. Jenayah juvana atau Jenayah juvenil?
Terima Kasih
Jawapan
1. Perkataan internet sepatutnya dieja dengan huruf kecil pada huruf pertamanya, iaitu internet. Namun demikian, banyak pihak yang menggunakan huruf besar, iaitu Internet.
2. Perkataan `parlimen’ dieja dengan huruf kecil jika membawa maksud umum. Jika membawa maksud rujukan khusus seperti `Perdana Menteri membubarkan Parlimen’, huruf pertama pada perkataan parlimen dieja dengan huruf besar, iaitu Parlimen.
3. Perkataan yang baku untuk `juvana’ ialah juvenil. Oleh hal yang demikian, frasa jenayah juvenil lebih tepat.

Facebok : Kumpulan Rakan Guru BM Cikgu Ghalib

Thursday, September 4, 2014

Adalah merupakan/adalah berdasarkan?

Adalah dan ialah merupakan kata tugas yang dinamakan kata pemeri. Kegunaannya ialah sebagai menyempurnakan sesuatu ayat.
  • ialah digunakan di depan kata nama (KN)
  1. Saya ialah guru (KN).
  2. Sekolah itu ialah sebuah sekolah kluster (KN).
  • adalah digunakan di depan kata sendi nama (KSN) dan kata adjektif (KA)
  1. Hadiah itu adalah untuk (KSN) adik saya.
  2. Hadiah itu adalah sangat mahal (KA).
JADI ….
Penggunaan adalah merupakan / adalah berdasarkan dalam ayat adalah salah dan tidak menepati hukum bahasa. Merupakan dan berdasarkan merupakan kata kerja (KK), contohnya:-
  1. Kehancuran institusi rumah tangga adalah merupakan punca …..      X
  2. Jawaban / jawapan itu adalah berdasarkan ….. X
Sepatutnya ditulis:-
  1. Kehancuran institusi rumah tangga merupakan punca …..   /
  2. Jawaban / jawapan itu berdasarkan …..  /
Contoh kesalahan yang sama ialah:-
  • adalah merujuk
  • adalah berkuat kuasa
  • adalah meliputi

Friday, August 15, 2014

PENGGANDAAN KATA MAJMUK...!

PENGULANGAN/PENGGANDAAN KATA MAJMUK

http://www.mohamadazemi2013.blogspot.com/
SALAH
BETUL
Mata pelajaran-mata pelajaran
Mata-mata pelajaran
Guru besar-guru besar
Guru-guru besar
Kertas kerja-kertas kerja
Kertas-kertas kerja
Rumah besar-rumah besar
Rumah-rumah besar
Perdana menteri-perdana menteri
Perdana-perdana menteri
Ilmu agama-ilmu agama
Ilmu-ilmu agama
Alat tulis-alat tulis
Alat-alat tulis

KELEMAHAN PENANDA WACANA...!

Penanda wacana begitu penting ketika menulis karangan atau esei. Di samping sebagai alat penghubung idea dalam sesuatu kerja penulisan, penanda wacana juga bertindak sebagai pelengkap sesebuah hasil penulisan yang sempurna jika digunakan secara tepat dan kena pada situasinya.
Namun, yang menjadi persoalannya, masih ramai pelajar yang gagal menggunakan penanda wacana dengan betul, apatah lagi kesesuaiannya dengan mesej ayat yang mahu dicoretkan.
Sila amati contoh kesilapan penggunaan dan pembetulan penggunaan penanda wacana di bawah:-
PENGGUNAAN PENANDA WACANA
SALAH
BETUL
Justeru itu
justeru
Selain daripada itu
Selain itu
Selain dari itu
Selain itu
Sehubungan itu
Sehubungan dengan itu
Ini kerana
Hal ini kerana
Bagaimana pun
bagaimanapun
Dalam pada itu
Sementara itu
Ini sepatutnya
Hal ini sepatutnya
Di dalam hal ini
Dalam hal ini
Akan tetapi
Tetapi
Oleh kerana
Oleh sebab / Kerana
Ini menyebabkan
Hal ini menyebabkan
Sayogia
Seyogia
Jika sekiranya
Jika / Sekiranya
Agar supaya
Agar / supaya
Demi untuk
Demi / untuk
Demi kerana
demi

Thursday, August 14, 2014

KERAP KALI SILAP...!

KESALAHAN EJAAN
PEMBETULAN
MAKNA KATA
Was-was
Waswas
Perasaan sangsi, curiga dan ragu-ragu
War-war
Wara-wara
Pemberitahuan, pengumuman
Lagenda
Legenda
Kisah sejarah bercampur unsur dongeng
Guris
Gores
Garis, calar, menggores, menggaris
Sambil lewa
Sambalewa
Tidak bersungguh-sungguh
Loesen
Losen
Cecair yang disapu pada kulit
http://www.mohamadazemi2013.blogspot.com/

Friday, August 8, 2014

Subjek dan Predikat


Subjek dan Predikat
·         Subjek ialah bahagian yang diterangkan.
·         Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.

Bil
Subjek
Predikat
Pola Ayat
1
Dia
pengetua baru di sekolah itu.
FN + FN
2
Bangunan itu
bangunan Kementerian Pendidikan.
FN + FN
3
Arif
belum makan dari semalam.
FN + FK
4
Saya
belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya.
FN + FK
5
Mereka
menari dengan gembiranya.
FN + FK
6
Pelajar itu
sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya.
FN + FK
7
Rumah itu
agak besar.
FN + FA
8
Buah jambu ini
sangat manis.
FN + FA
9
Surat ini
daripada peguam ayah.
FN + FSN
10
Pokok rambutan itu
di belakang rumah.
FN + FSN

Latihan Pengukuhan
Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah. 
Kemudian tuliskan pola ayatnya.
Bil
Subek            /          Predikat
Pola ayat
1
Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.

2
Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.

3
Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.

4
Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.

5
Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

6
Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.

7
Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.

8
Makanan ini masih elok untuk dimakan.

9
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.

10
Bekalan makanan ini untuk adik.

11
Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit jantung.

12
Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.

13
Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.

14
“Kempen Berhenti Merokok” kurang mendapat sambutan daripada para remaja.

15
Buku tebal itu buku kesayangan saya.

16
Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.

17
Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh tubuh badan.

18
Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.

19
Perabot rumahnya dari Itali.

20
Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.

21
Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu.

22
Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.

23
Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.

24
Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid untuk belajar.

25
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun badan.

26
Sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.

27
Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.

28
Sesetengah tumbuhan tanah gambut memperoleh makanannya dengan cara memerangkap serangga.

29
Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar yang dikenali sebagai alga.

30
Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.

Saturday, July 12, 2014

Latihan Tatabahasa SPM

Cari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.

1. Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kaki tangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh.

2. Kerajaan telah melengkapi stesen bas itu dengan pelbagai pasarana untuk golongan OKU.

3. Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada.

4. Matan Perdana Menteri telah menyeru para belia agar lebih proaktif untuk bangunkan negara.

5. Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya.

6. Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.

7. Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan.

8. Semua calon SPM dijangka akan terima keputusan masing-masing pada bulan Febuari.

9. Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.

10. Semua kenderaan yang berusia sepuluh tahun atau lebih telah dipaksa membayar insuran yang lebih mahal.

Sumber : http://ajamsari.blogspot.com/2011/11/latihan-tatabahasa-spm.html

Friday, July 11, 2014

TUGASAN:
 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian perbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut.
 KATA SENDI/KATA HUBUNG

  1. Diharapkan mereka mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku itu.
  2. Anggota pasukan keselamatan berusaha bersungguh-sungguh demi untuk mencapai objektif operasi.
  3. Selain daripada mengulang kaji pelajaran, pelajar juga seharusnya membantu keluarga di masa cuti persekolahan.
  4. Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dengan Singapura terpaksa ditangguhkan oleh kerana hujan lebat.
  5. Remaja dewasa ini mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang boleh merosakkan jati diri mereka.
  6. Ibu bapa pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan PMR 2013 mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan guru-guru.
  7. Guru subjek Bahasa Melayu begitu mengambil berat terhadap kelemahan pelajar dalam bidang tatabahasa.
  8. Dari membuang masa melakukan kerja-kerja tidak berfaedah, baik aku membaca buku.
  9. Perdebatan hangat telah berlaku di antara ahli-ahli jawatankuasa di dalam mesyuarat itu.
  10. Walaubagaimanapun dia tetap terpilih sebagai Ketua Pelajar sekolah itu.
  11. Pelajar perlu cepat sedar akan kelemahan diri agar supaya mereka berjaya di dalam mengejar cita-cita.
  12. Jangankan ibu, ayahpun gagal mengangkat meja yang berat itu.
  13. Dia tidak hadir ke sekolah sebab masalah kesihatan.
  14. Kamu mesti membantu keluarga bila kamu besar nanti.
  15. Sementara dengan menunggu majlis bermula, para undangan dipersembahkan dengan pertunjukan silap mata.
  16. Jika sekiranya beliau tidak hadir, majlis itu terpaksa ditangguhkan dahulu.
  17. Baik guru mahu pun pengetua, semuanya ditegah dari memasuki bilik persiapan itu.
  18. Mereka menjelaskan yang aktiviti itu akan dilaksanakan dengan seberapa segera.
  19. Sambil dengan menjahit pukat, nelayan itu juga membetulkan ikatan pada alat tangkapan itu.
  20. Emak mencuci beras sambil menanak nasi.
  21. Ayah sedang berbincang mengenai tarikh balik kampung sempena cuti sekolah nanti.
  22. Kerana ketinggalan bas saya terpaksa pergi sekolah dengan basikal.
  23. Buku Koleksi soalan BM ada dengan kawan baik saya.
  24. Sejak dari zaman remaja lagi, orang itu terlibat di dalam kes penyalahgunaan dadah.
  25. Antara faktor-faktor menularnya kes ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya, kurang kesedaran dan kurang perhatian dari ibu bapa.
Kredit kepada http://azemi09.wordpress.com/